Home » » Bayaran Para Bintang Realiti Hollywood

Bayaran Para Bintang Realiti Hollywood



Berapakah pendapatan seorang bintang realiti televisyen? Tentu sekali bintang realiti seperti Simon Cowell $AS 95 juta (RM308 juta), Jennifer Lopez $AS 17.5 juta (RM56.7 juta) dan Howard Stern $AS 15 juta (RM48.6 juta) dibayar banyak kerana mereka bukan sekadar bintang realiti tetapi merangkak naik ke mercu kejayaan dengan bakat mereka dalam bidang yang mereka ceburi serta memiliki nama sebelum realiti TV muncul.

Jennifer Lopez Reality Show Payment

Tapi tahukah anda berapa bayaran bintang realiti sebegini?

Keluarga Kardashian

Keping it Up with the Kardashians

Keluarga Kardashian mungkin memiliki perniagaan mereka sendiri, tapi tentu sekali sumber utama pendapatan mereka datang dari program realiti "Keping it Up with the Kardashians" itu sendiri, selain 'spin-off' yang pelbagai, seperti "Kim and Kourtney takes New York", "Kourtney and Khloe takes Miami" dan "Khloe and Lamar".

Kim beroleh kira-kira $AS80 ribu (RM255 ribu) setiap episod, manakala anak perempuannya North pula diberi $AS 2000 (RM 6,375) untuk setiap kemunculan. Kourtney pula dibayar $AS50 ribu (RM159,375) manakala $AS 40 ribu (RM127,500) merupakan jumlah pendapatan Khloe setiap episod.

Itu belum masuk anak Kourtney, Mason dan Penelope, adik lelaki mereka Robert, si ibu Kris, dan keluarga tiri mereka, Bruce Jenner, Kylie dan Kendall!

Emily Maynard

Emily Maynard  - The Bachelorette

Bintang "The Bachelorette" musim kelapan ini dibayar $AS250 ribu (RM796,875) sebagai bayaran asas untuk bertemujanji dengan ramai lelaki di pelbagai tempat eksotik, nilai yang jauh lebih mahal berbanding bachelorette musim ketujuh, Ashley Hebert dan musim kesembilan, Desiree Hartsock $AS100 ribu (RM 318,750).

Omarosa Manigault-Stallworth

Omarosa Manigault-Stallworth - The Apprentice

Selepas muncul sebagai si antagonis menjengkelkan dalam program realiti keusahawanan, "The Apprentice", Omarosa, bekas Timbalan Pengarah Bersekutu Bahagian Personel Presiden Bill Clinton ini kembali dengan musim 'All-star' program tersebut dan juga program realitinya sendiri, "The Ultimate Merger".

Dia kemudiannya kembali ke kerjaya 9-5 sebagai Rakan Pengurusan dalam Access America Enterprise Corporation, sebuah syarikat dana strategik, konsultansi dan perancangan di D.C.

Nilai Omarosa yang terkini? Lebih kurang $AS1.5 juta (lebih kurang RM4.78 juta).

NeNe Leakes

NeNe Leakes - Real Housewives of Atlanta

Bintang "Real Housewives of Atlanta" ini merupakan bintang RH yang termahal, dengan bayaran sejuta (lebih kurang RM3.2 juta) bagi setiap musim (selain bonus tambahan). Dia juga dibayar mahal untuk episod istimewa pengantin RH, "I Dream of Nene".

Menurut Nene, dia layak menerima bayaran termahal kerana, "Real Housewives of Atlanta menjadi siri RH yang paling popular kerana saya dan apa yang saya katakan!"

Sean Lowe

Sean Lowe - The Bachelor

Bintang "The Bachelor" Sean Lowe menemui cintanya dengan Catherine Giudici dalam musim ke-17 program realiti tersebut. Tapi dia juga menemui kebahagiaan dengan bayaran $AS75 ribu (RM239,062) ke $AS90 ribu (RM286,875) untuk setiap episod program tersebut!

Malah Lowe dan bakal isterinya itu akan dibayar lagi ratusan ribu untuk siaran majlis perkahwinan mereka tahun depan!

Teresa Giudice

Teresa Giudice - The Real Housewives of New Jersey

Selepas Nene Leakes, bintang "The Real Housewives of New Jersey" ini menjadi bintang RH kedua termahal dengan nilai $AS650 ribu (lebih kurang RM2.07 juta) setiap musim. Tapi sebelum wujudnya program realiti itu lagi, Teresa sememangnya sudah cukup kaya-raya!

Lisa Vanderpump

Lisa Vanderpump - The Real Housewives of New Jersey

Seorang lagi bintang RH, Lisa Vanderpump menerima $AS250 ribu (RM796,875) setiap musim bagi penampilannya dalam "The Real Housewives of Beverly Hills".

Malah pemilik restoran ini juga diberikan program 'spin-off' sendiri tentang perniagaan restorannya, selain muncul di program tarian "Dancing with the Stars" di saluran ABC, dan dibayar $AS200 ribu (RM637,500) untuk penyertaannya!

Snooki

Snooki - Jersey Shore

Suatu masa dulu, ketika "Jersey Shore" masih ditayangkan, Snooki dibayar antara $AS1.95 juta dolar (lebih kurang RM6.2 juta) untuk setiap musim dan menjadi antara bintang realiti dengan bayaran termahal.

Tapi kini Snooki dibayar $AS200 ribu (RM637,500) untuk penyertaannya dalam program tarian "Dancing with the Stars" (dan bonus tambahan setiap kali dia tidak diundi keluar!)

Kandi Burruss

Kandi Burruss - The Real Housewives of Atlanta

Selain Nene, seorang lagi bintang "The Real Housewives of Atlanta" yang diberikan bayaran mahal setiap musim adalah Kandi Burruss, yang dibayar $AS450 ribu (lebih kurang RM1.4 juta) setiap musim.

Selain itu, penyanyi yang juga penerbit muzik ini juga ditawarkan program 'spin-off' sendiri, "The Kandi Factory" di saluran Bravo dan menguruskan sebuah syarikat 'sex toy' yang diberi nama Bedroom Kandi.

Amber Portwood

Amber Portwood - Teen Mom

Bintang "Teen Mom" ini, yang baru sahaja dilepaskan dari penjara selepas melakukan jenayah menyerang Gary Shirley yang merupakan bapa kepada anaknya, dilaporkan menerima $AS140 ribu (RM446,250) untuk rakaman selama enam bulan rancangan realiti tersebut.

Melissa Gorga

Melissa Gorga - The Real Housewives of New Jersey

Adik ipar Teresa Guidice, Melissa Gorga menerima $AS350 ribu (lebih kurang RM1.11 juta) bagi setiap musim "The Real Housewives of New Jersey", tentu sekali untuk menjadi watak antagonis yang menyebabkan perkelahian dengan kakak iparnya.

Malah popularitinya juga membantu jualan bukunya tentang cara untuk mengekalkan perkahwinan yang bahagia. Mungkin dia juga patut menghasilkan buku tentang cara mencetus perkelahian yang menguntungkan!
Sobat baru saja membaca artikel yang berkategori berita terkini dengan judul Bayaran Para Bintang Realiti Hollywood. Jika sobat rasa artikel ini menarik silakan di share dengan meninggalkan URL http://gunturyulianto12.blogspot.com/2014/08/bayaran-para-bintang-realiti-hollywood.html. Terima kasih atas kunjungannya!

0 komentar:

Posting Komentar